1MDB: Mahkamah beri tempoh dua bulan untuk SPRM warta notis

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini memberi tempoh dua bulan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mewartakan notis kepada pihak ketiga yang kepentingan ke atas wang milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disita SPRM tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah menetapkan 4 September atau sebelumnya bagi SPRM mewartakan notis berkenaan selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nik Haslini Hashim memaklumkan pihaknya memohon tempoh tersebut bagi notis tersebut dilaksanakan.

Nik Haslini sebelum itu memaklumkan pewartaan, notis berkenaan dibuat mengikut Seksyen 61(2) Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

"Afidavit penyampaian kepada semua pihak telah dilaksanakan antara bulan Jun dan bulan ini. Sehubungan itu pihak kami memohon tempoh dua bulan bagi bagi notis penyiaran pihak ketiga itu dilaksanakan," katanya.

Mahkamah turut menetapkan tarikh sama untuk sebutan semula kes tersebut.

Tahun lalu, wang berkenaan disita oleh SPRM berhubung kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 melibatkan sembilan responden.

Mereka adalah bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi; Tan Sri Kasitah Gaddam; Badan Perhubungan UMNO Johor, ahli perniagaan; Tan Sri Bustari Yusuf, Badan Perhubungan UMNO Selangor, Yayasan Permata Malaysia, Parti Liberal Demokratik Sabah, Jakel Trading, Mediaedge CIA Malaysia Sdn. Bhd. dan Yayasan Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia (PBAKM).

SPRM perlu mewartakan notis bagi membolehkan pihak berkepentingan terhadap wang tersebut tampil ke mahkamah pada satu tarikh untuk mereka mengemukakan alasan mengapa harta berkenaan tidak sepatutnya dilucut hak oleh kerajaan.

Artikel Berkaitan:

Pada 19 Jun lepas, Pendakwa Raya memfailkan notis usul terhadap ketujuh-tujuh responden berhubung pelucutan hak wang berjumlah RM216,049,556.79 yang didakwa mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Dalam notis usul itu, Pendakwa Raya memohon suatu perintah daripada Mahkamah Tinggi supaya disiarkan satu notis dalam warta di bawah Seksyen 61(2) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Daripada Aktiviti Haram 2001, bagi memanggil semua pihak ketiga yang menuntut apa-apa kepentingan dalam harta yang dirampas daripada semua responden untuk hadir atau melalui peguam di hadapan Mahkamah Tinggi pada tarikh yang akan ditetapkan.