Warga Pakisan jual askrim cuba sogok polis RM86 dijel

Seorang penjual aiskrim warga Pakistan dihadapkan ke mahkamah sesyen Kuantan di sini, hari ini atas pertuduhan memberi suapan sebanyak RM86 kepada anggota polis, 29 Januari lalu
Seorang penjual aiskrim warga Pakistan dihadapkan ke mahkamah sesyen Kuantan di sini, hari ini atas pertuduhan memberi suapan sebanyak RM86 kepada anggota polis, 29 Januari lalu
A
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki warga Pakistan mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memberi suapan sebanyak RM86 kepada anggota polis, minggu lalu.

Khan Sabz Ali, 33, yang bekerja sebagai penjual aiskrim membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hakim Mohd. Ghazali Mohamad Taib.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memberi suapan sebanyak RM86 kepada seorang Ketua Polis Balai Bukit Fraser, Maznan Omar, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Fraser pada jam 1.45 petang, 29 Jun lalu.

Tertuduh didakwa melakukan perkara itu sebagai dorongan kepada Maznan Omar untuk tidak mengambil tindakan ke atas dirinya.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum denda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Tertuduh juga telah didakwa di bawah Seksyen 214 Kanun Keseksaan (akta 574) yang boleh dihukum penjara tidak sampai 10 tahun.

Mengikut fakta kes, Maznan bersama tiga anggotanya telah menahan tertuduh yang sedang menunggang motosikal dari arah Hotel Puncak Inn untuk melakukan pemeriksaan.

Ketika pemeriksaan, tertuduh didapati mempunyai pasport namun tidak memiliki lesen memandu dan cuba menunjukkan sejumlah duit merayu untuk dilepaskan.

Artikel Berkaitan:

Tertuduh dibawa ke balai polis Bukit Fraser namun sekali lagi bertindak cuba menghulurkan duit supaya tidak ditangkap dan disaman.

Maznan kemudiannya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Raub, 30 Jun lalu berhubung kesalahan yang dilakukan tertuduh.

Pendakwaan dilakukan Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Siti Sarah Zainal Abiddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh yang merayu di hadapan hakim yang disebutkan oleh jurubahasa Pakistan supaya jumlah dapat dikurangkan di samping mempunyai tanggungan empat orang anak dan seorang isteri.

Mohd Ghazali kemudiannya menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,000 dan satu bulan penjara kepada tertuduh.