Ajal langgar tiang lampu

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu menunjukkan keadaan motosikal yang ditunggang mangsa selepas kemalangan itu. - Gambar kecil: Yusra Amirah Mumiddin
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu menunjukkan keadaan motosikal yang ditunggang mangsa selepas kemalangan itu. - Gambar kecil: Yusra Amirah Mumiddin
A
A
A

JASIN - Seorang pekerja sebuah pasar raya di Ayer Keroh maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Gapam menghala ke Bemban malam tadi.

Dalam kejadian, kira-kira jam 12 malam itu, mangsa, Yusra Amirah Mumiddin, 22, yang beralamat di Kesang Jaya, Jasin di sini, disahkan maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Ayer Keroh menuju ke Bamban sebelum kemalangan berlaku.

"Motosikal ditunggang mangsa dipercayai terbabas lalu terlanggar tiang lampu di penghadang jalan.

"Mangsa didapati mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Hospital Jasin," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk proses bedah siasat.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41 Akta pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: