Laluan hijau licinkan karenah birokrasi

Sazmi menyampaikan sumbangan zakat kepada golongan yang memerlukan di Majlis Sambutan Aidilfitri, di Kesedar Paloh 2.
Sazmi menyampaikan sumbangan zakat kepada golongan yang memerlukan di Majlis Sambutan Aidilfitri, di Kesedar Paloh 2.
A
A
A

GUA MUSANG - Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) akan memperkenalkan 'Laluan Hijau' kepada golongan peneroka yang benar-benar memerlukan.

Pengerusinya, Datuk Sazmi Miah berkata, laluan hijau itu bertujuan bagi melicinkan birokrasi yang ada diberi kepada golongan B40, ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Katanya, laluan istimewa ini adalah akses kepada kemudahan yang diberi kepada golongan yang memerlukan bagi mengurangkan karenah birokrasi.

"Mereka akan menikmati kemudahan dan geran tertentu yang diberikan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

"Antara kemudahan yang disediakan seperti permohonan Projek Perumahan Rakyat Termiskin dan geran usahawan. Mereka akan diberi keutamaan dalam pemilihan," katanya.

Sazmi bersama pasukan yang menyertai kejohanan futsal piala presiden.
Sazmi bersama pasukan yang menyertai kejohanan futsal piala presiden.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kejohan Futsal Piala Presiden di Gelanggang Futsal Kesedar Paloh 2, di sini.

Tambah Sazmi, beliau turut menyokong hasrat kementerian dalam menumpukan perhatian terhadap pembangunan ekonomi setempat.

Artikel Berkaitan: