Petua menghilangkan bengkak dan tonsil secara semulajadi

Daun pudina mempunyai kandungan bakteria yang mampu menghilangkan tonsil.
A
A

TONSIL atau sakit pada bahagian tekak memang perit dibuatnya lebih-lebih lagi ketika hendak makan atau minum. Kadang-kadang kesakitan itu menyebabkan anda tiada selera untuk makan sekali gus membuatkan badan jadi lemah.

Pun begitu, anda jangan risau. Femina ada petuanya, anda boleh praktikkan petua semula jadi ini secara konsisten.

Selamat mencuba!

1) Daun pudina

Ambil segenggam daun pudina, didih bersama secawan air. Kemudian tapis dan tambah satu sudu madu. Minum dua hingga tiga kali sehari.

Daun pudina mempunyai kandungan bakteria, jadi virus yang membiak pada bahagian tonsil dapat dihapuskan.

2) Kulit

Campurkan satu sudu kulit kayu manis dan dua sudu madu ke dalam secawan air panas. Amalkan pengambilan dua hingga tiga kali sehari selama seminggu untuk mendapatkan kesan yang efektif.

Tahukah anda bahawa kulit kayu manis memiliki agen anti mikrob yang dapat menjadi penawar kepada tonsil, ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pembiakan bakteria pada tonsil dan mengurangkan bengkak.

3) Kunyit

Ambil satu sudu kunyit serbuk dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Amalkan dua kali sehari untuk mendapat kelegaan dengan cepat.

Kandungan penyembuh yang ada pada kunyit mampu melawan pembiakan bakteria dan virus yang menyumbang kepada jangkitan. Bengkak akan berkurang dengan pengambilan kunyit kerana ia membantu menguatkan sistem imunisasi tubuh anda.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia