DRB-HICOM nafi beli saham Media Prima

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - DRB-Hicom Berhad menafikan kumpulan itu mengambil alih 11 peratus saham dalam syarikat Media Prima Berhad (MPB).

Menerusi satu kenyataan, syarikat itu turut menafikan mengambil alih sebanyak lapan peratus saham yang dimiliki oleh UMNO.

"Kami ingin menafikan kenyataan dalam laporan itu,” katanya di sini hari ini.

Hari ini The Edge Financial Daily melaporkan syarikat yang dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar Shah Syed Nor Albukhary itu telah mengambil alih saham milik UMNO sebanyak 11 peratus dalam MPB.

Portal berita dalam talian juga melaporkan bahawa kumpulan itu menyaksikan 123.02 juta saham, bersamaan dengan 11.09 peratus modal terbitan kumpulan 1.11 bilion saham telah bertukar tangan.

Berdasarkan data Bloomberg, saham itu diurus dalam satu blok, bernilai sejumlah RM73.81 juta.

Ekoran daripada laporan tersebut harga saham MPB susut setengah sen kepada 48 sen pada tengah hari berikutan laporan berita tersebut.

Saham Media Prima dibuka 50 sen pada pukul 9 pagi dan pada tengah hari, sebanyak 1.45 juta saham bertukar tangan.

Artikel Berkaitan: