Bom lama dijumpai di Felda Gedangsa

Sebutir bom lama dijumpai seorang lelaki di kawasan ladang kelapa sawit dekat Felda Gedangsa, pagi tadi.
Sebutir bom lama dijumpai seorang lelaki di kawasan ladang kelapa sawit dekat Felda Gedangsa, pagi tadi.
A
A
A

HULU BERNAM - Pasukan Cawangan Persenjataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor berjaya memusnahkan sebutir bom lama di Felda Gedangsa, petang tadi.

Bom jenis SHELL itu dijumpai kira-kira jam 9 pagi oleh seorang pekerja ladang berusia 27 tahun di ladang kelapa sawit di tanah rancangan tersebut.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, lelaki terbabit memaklumkan kepada seorang rakan mengenai penemuan bom lama di lokasi berkenaan.

Menurutnya, laporan polis dibuat pekerja ladang itu di Balai Polis Gedangsa dan hasil siasatan mendapati bom lama jenis SHELL berukuran panjang 42 cm serta 30 cm ukur lilit.

"Proses pemusnahan dilaksanakan pada jam 3 petang tadi tanpa sebarang kerosakan harta benda awam," katanya.

Artikel Berkaitan: