Eky dalam dilema

Muhammad Shahrel Fikri dan pasangannya, Nur Hazwani.
Muhammad Shahrel Fikri dan pasangannya, Nur Hazwani.
A
A
A

PEMAIN kebangsaan, Muhammad Shahrel Fikrid Fauzi (Eky),mengakui dalam dilema bagi menentukan pasukan yang bakal diwakilinya dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2019, kelak.

Menurutnya, setelah kontrak selaku pemain pinjaman kepada pasukan Liga Thailand, Nakhon Ratchasima tamat baru-baru ini, dia turut ditawarkan kontrak baharu bersama pasukan berkenaan.

Pemain berusia 23 tahun itu berkata, pengurus pasukan Perak Datuk Adly Shah Ahmad Tah juga pernah bertanyakan kepadanya sama ada berminat untuk beraksi bersama skuad The Bos Gaurus pada musim 2010.

"Setakat ini, ketika kempen Piala AFF 2018 lalu, ada jumpa dengan Datuk Adly, setakat ini masih dalam rundingan gaji. Tak tau macam mana. Saya nak tengok juga percaturan PKNP FC sebelum buat keputusan," katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui pada majlis perkahwinannya dengan gadis pilihan hati, Nur Hazwani Mohd Rasid di Brewster Village, hari ini.

Muhammad Shahrel Fikri berkata, dia sudah pun memohon cuti selama dua minggu kerana sejak beraksi di Liga Thailand dan kemudiannya bersama skuad kebangsaan dalam saingan Piala AFF Suzuki 2018, masih belum sempat bercuti.

"Karier saya bermula dengan pasukan Perak. Namun, nama saya mula dikenali ketika beraksi dengan PKNP FC. Daripada orang tak kenal, naik satu tahap ke satu tahap hingga beraksi di Liga Super.

"Perak pula dengan status juara Piala Malaysia, juga pasukan yang baik. Kalau Perak tawarkan saya nak 'pergi.' Namun, saya berserah kepada rezeki. Setakat ini, saya tak dapat buat apa-apa keputusan lagi," katanya.

Artikel Berkaitan: