Pos Malaysia lancar siri setem adiwira Marvel

Setem yang pertama kali bertemakan Adiwira Marvel oleh Pos Malaysia Berhad. - Foto Bernama
Setem yang pertama kali bertemakan Adiwira Marvel oleh Pos Malaysia Berhad. - Foto Bernama
A
A
A
KUALA LUMPUR - Setem yang pertama kali bertemakan Adiwira Marvel oleh Pos Malaysia Berhad dijangka menarik minat pengumpul setem terutamanya dalam kalangan generasi muda di Malaysia.

Naib Presiden Kanan (Pemasaran) Pos Malaysia, Schrene Goh berkata, generasi muda hari ini lebih suka berhubung melalui media sosial dan bukannya menulis surat dan mereka tidak melihat keperluan untuk membeli setem.

“Oleh itu, adalah harapan kami dengan pengenalan setem ini (setem siri Marvel) akan menarik generasi muda untuk mengumpul setem dan meremajakan minat mengumpul setem," katanya pada majlis pelancaran setem itu di sini, hari ini.

 Setem yang pertama kali bertemakan Adiwira Marvel oleh Pos Malaysia Berhad dijangka menarik minat pengumpul setem- Foto Bernama
Setem yang pertama kali bertemakan Adiwira Marvel oleh Pos Malaysia Berhad dijangka menarik minat pengumpul setem- Foto Bernama



Dengan kerjasama dengan Walt Disney Southeast Asia, siri setem yang menghargai Ulang Tahun ke-80 Marvel tahun ini menampilkan beberapa adiwira termasuk Captain America, Iron Man, Thor, Loki, Spider Man dan banyak lagi.

Koleksi ini boleh didapati dalam satu set folder lengkap yang terdiri daripada dua keping setem bertebuk, satu setem yang tidak ditebuk, dua keping penutup cenderamata, dua keping kad pos dan satu folder.

Artikel Berkaitan:


Siri setem Marvel hanya terhad kepada 10,000 set folder dan mula dijual pada 4 Julai 2019 dengan pra-pembelian di 13 Pejabat Pos Besar di seluruh negara atau melalui talian di www.eziemall.com untuk RM120 setiap set. - Bernama