Tajuddin tuntut Timbalan Speaker mohon maaf

Tajuddin (kanan) melayani tetamu yang hadir pada Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Pasir Salak di Kampung Gajah hari ini.
Tajuddin (kanan) melayani tetamu yang hadir pada Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Pasir Salak di Kampung Gajah hari ini.
A
A
A

PASIR SALAK - Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman akan menulis surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat menuntut Timbalan Speaker, Nga Kor Ming memohon maaf berhubung penggantungan beliau dari menghadiri Sidang Dewan Rakyat selama empat hari, hari ini.

Tajuddin mendakwa, keputusan dibuat Kor Ming itu disifatkan sebagai menyalahgunakan kuasa ketika mempengerusikan mesyuarat itu.

“Saya minta Kor Ming sebagai Timbalan Speaker yang mempengerusikan mesyuarat pagi tadi perlu minta maaf kepada saya, ahli dewan dan rakyat terutama kepada petani yang saya wakili suara rintihan mereka.

“Surat itu akan saya hantar Isnin ini. Sebagai Speaker ada peraturan, undang-undang, etika dan tatatertib yang perlu dipatuhi,” katanya ketika ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Pasir Salak di Kampung Gajah hari ini.

Menurutnya, tidak sepatutnya Kor Ming menidakkan haknya sebagai Ahli Parlimen untuk mengemukakan soalan tambahan bagi mewakili suara rakyat.

“Soalan saya berkenaan rakyat dan petani. Beliau patut dengar dan beri peluang untuk menteri jawab agar rakyat dapat mendengar tetapi beliau telah menafikan hak saya.

“Bagaimanapun, sekiranya beliau enggan berbuat demikian, kita serah kepada rakyat untuk menilainya. Saya akan bangkitkan perkara ini kerana wujud ketidakadilan di situ,” katanya.

Artikel Berkaitan: