Israel pulangkan jenazah remaja Palestin selepas tiga bulan ditahan

Jenazah Ishaq Shtewi, 16, diserahkan kepada keluarganya di Pusat Hak Asasi al-Mezan menerusi lintasan Beit Hanoun.
Jenazah Ishaq Shtewi, 16, diserahkan kepada keluarganya di Pusat Hak Asasi al-Mezan menerusi lintasan Beit Hanoun.
A
A
A

RAMALLAH - Israel semalam menyerahkan semula jenazah seorang remaja Palestin yang dibunuh berhampiran sempadan Gaza sejak April lalu.

Jenazah Ishaq Shtewi, 16, diserahkan kepada keluarganya di Pusat Hak Asasi al-Mezan menerusi lintasan Beit Hanoun.

Ishaq meninggal dunia pada 14 April akibat kecederaan dialami selepas ditembak di Rafah.

Selepas ditembak, Ishaq yang masih hidup ditahan bersama beberapa lagi remaja kerana didakwa merusuh di sepanjang sempadan.

Rejim Zionis ketika ini masih menahan 260 jenazah rakyat Palestin, empat daripadanya adalah berusia bawah 18 tahun. - Agensi

Artikel Berkaitan: