'Si Tanggang' ugut bunuh ayah dijel 5 bulan

Mohammad Redzuan mengaku bersalah mengugut bunuh ayahnya sendiri.
Mohammad Redzuan mengaku bersalah mengugut bunuh ayahnya sendiri.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Padah mengugut bunuh ayah sendiri, seorang pemuda dipenjarakan lima bulan dan denda RM3,000 setelah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini hari ini.

Tertuduh, Mohammad Redzuan Yusof, 29, turut berdepan hukuman penjara tambahan selama dua bulan lagi sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Majistret Noor Mazrinie Mahmood membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Berdasarkan pertuduhan, Mohammad Redzuan didakwa melakukan perbuatan itu pada 28 Jun lalu, kira-kira jam 10.30 pagi di sebuah rumah di Kampung Kuala Bekah, di sini.

Dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut untuk membunuh ayahnya sendiri yang berusia 73 tahun dengan kata-kata, dengan niat menimbulkan rasa takut.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan L Ratna manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, Sinar Harian ada melaporkan tentang tertuduh yang mahu membakar rumah keluarganya, di samping membunuh semua yang ada di dalam rumah.

Dia bertindak sedemikian setelah ditegur bapanya kerana mengamuk dan merosakkan barang-barang dalam rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ditahan ugut bunuh semua ahli keluarga

Artikel Berkaitan: