P Ramasamy bela Waytha Moorthy

P Ramasamy
P Ramasamy
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy menuntut sesiapa sahaja yang mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy letak jawatan mesti kemukakan bukti yang mengaitkan beliau dengan rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya.

“Tidak kiralah siapa pun yang meminta Moorthy meletakkan jawatan, tetapi tolong kemukakan fakta dan bukti cara dan bagaimana beliau bertanggungjawab ke atas kekecohan di kuil Seafield,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ramasamy, beliau bukanlah menentang Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, tetapi menegaskan bahawa seorang menteri Kabinet tidak boleh turut sama menyertai delegasi bertemu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bagi mendesak supaya Moorthy dipecat.

“Saya bukan hanya bercakap mengenai beliau saja kerana saya juga telah mengkritik sayap Pemuda Bersatu, PKR, Amanah, apatah lagi Umno dan Pas.

“Tetapi sebagai menteri, Syed Saddiq sepatutnya berfikir dua kali sebelum menyertai Pemuda Bersatu bertemu Dr Mahathir,” katanya.

Ramasamy turut menambah, banyak lagi yang perlu Syed Saddiq fahami mengenai politik negara.

Artikel Berkaitan: