Kes bunuh: Nasib lima lelaki termasuk seorang pegawai polis 17 Julai

No Image Caption
A
A
A

SEREMBAN - Nasib lima lelaki termasuk seorang pegawai polis yang menghadapi tuduhan membunuh seorang lelaki pada 2015 akan ditentukan pada 17 Julai ini.

Keputusan itu dikeluarkan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Muhammad Jamil Hussin di Mahkamah Tinggi Seremban di akhir prosiding selepas mendengar kesemua hujah Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin serta peguam kelima-lima tertuduh.

Tertuduh pertama yang merupakan pegawai polis S. Selva Kumar, 42, diwakili peguam Datuk Michael K.L. Chee, peguam M.Haresh mewakili tertuduh kedua N. Sureshkannah, 39, dan tertuduh ketiga N. Thanabalan, 32, manakala peguam Paul Seladurai mewakili tertuduh keempat R@S.Veeramuthu ( Veeramuthu a/l Raju@Sadam), 53, dan tertuduh kelima, N. Rajasakanan, 40.

Mengikut pertuduhan, kesemua lima suspek didakwa atas niat bersama melakukan pembunuhan terhadap S. Mohandas, 31, di atas bukit dalam kawasan pelupusan sampah di Jalan Labu di sini.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada antara 9 malam 11 Februari 2015 hingga 6 pagi, 12 Feb 2015.

Pertuduhan itu dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) iaitu membunuh yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - Bernama

Artikel Berkaitan: