Suri rumah maut ditikam suami selepas bertengkar

Anggota forensik mengusung mayat wanita yang mati ditikam oleh suaminya di Taman Seri Duyong Fasa 2, di.sini hari ini.
Anggota forensik mengusung mayat wanita yang mati ditikam oleh suaminya di Taman Seri Duyong Fasa 2, di.sini hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Seorang suri rumah ditemui mati dengan kesan tikam dipercayai dibunuh oleh suaminya di Taman Seri Duyong Fasa 2, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi mangsa Samnah Mohamed, 55, yang lengkap berpakaian ditemui terlentang di hadapan pekarangan rumahnya yang didiami bersama anak bongsunya, 25 dan suaminya, 56.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pihaknya menemui empat tikaman pada badan mangsa termasuk dua di bahagian depan dan dua di belakang dipercayai dilakukan oleh suaminya selepas berlaku perselisihan faham di antara mereka.

Anggota forensik ketika membawa keluar bahan kes.
Anggota forensik ketika membawa keluar bahan kes.

Menurutnya, suspek yang merupakan bekas anggota tentera laut yang kini tidak bekerja itu turut cedera di bahagian perut dan kini ditempatkan di Hospital Melaka untuk rawatan.

Katanya, insiden itu turut disedari anaknya itu yang baharu keluar dari bilik air sebelum ternampak ibu bapanya terlentang di hadapan rumah yang didiami keluarga berkenaan sejak 20 tahun lalu.

"Buat masa ini punca pergaduhan antara mereka belum dapat dipastikan lagi, namun siasatan akan diteruskan dan suspek kini mangsa masih dirawat di zon merah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Afzanizar menunjukkan tompokan darah mangsa di pekarangan rumah mangsa di Taman Seri Duyong Fasa 2, di sini, hari ini.
Afzanizar menunjukkan tompokan darah mangsa di pekarangan rumah mangsa di Taman Seri Duyong Fasa 2, di sini, hari ini.

Tambahnya, polis turut menemui pisau memotong sayur sepanjang 23 sentimeter selain siasatan awal turut mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau membabitkan kes positif dadah jenis syabu dan kes kecurian yang disiasat di bawah 380 Kanun Keseksaan pada Jun lalu.

Menurutnya, suspek turut pernah menerima rawatan susulan sebagai pesakit mental di Hospital Melaka.

"Setakat ini juga polis baharu merakamkan satu percakapan salah seorang daripada empat orang anak mangsa bagi membantu siasatan," katanya.