Pelajar maut motosikal bertembung teksi

Keadaan kedua-dua kenderaan terbabit selepas terlibat kemalangan di KM12, Jalan Endau Mersing malam tadi.
Keadaan kedua-dua kenderaan terbabit selepas terlibat kemalangan di KM12, Jalan Endau Mersing malam tadi.
A
A
A

MERSING - Seorang pelajar maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah teksi di KM12, Jalan Endau Mersing malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu menyebabkan mangsa Muhammad Natullah Abdullah, 17 maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, hasil siasatan awal mendapati motosikal ditunggang pelajar lelaki itu dalam perjalanan dari arah Endau menuju ke Mersing.

Manakala teksi dipandu seorang lelaki Melayu berumur 72 tahun datang dari arah bertentangan.

"Semasa sampai di tempat kejadian dipercayai teksi telah memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan motosikal mangsa.

"Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian. Sementara pemandu teksi mengalami cedera di bahagian muka serta badan dan dirawat di Hospital Mersing," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa di bawa ke Hospital Mersing untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.

Artikel Berkaitan: