Wanita maut kereta rempuh bas

Bas henti-henti yang terlibat dengan kemalangan.
Bas henti-henti yang terlibat dengan kemalangan.
A
A
A

NILAI - [DIKEMASKINI] Seorang pemandu wanita maut dalam kemalangan yang membabitkan tiga kenderaan termasuk sebuah bas di Jalan Nilai- Salak, berdekatan Kampung Tanjung, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Marzuki Besar berkata dalam kejadian kira-kira jam 8.20 pagi itu, mangsa, G K Vinayagi, 34, mengalami kecederaan parah di bahagian kaki sebelum disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati, kereta Perodua Myvi yang dipandu mangsa hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

"Mangsa kemudiannya melanggar bas henti-henti yang datang dari arah Seremban menuju ke Pekan Nilai.

Pasukan bomba sedang mengeluarkan mangsa tersepit.
Pasukan bomba sedang mengeluarkan mangsa tersepit.

"Rempuhan tersebut menyebabkan kereta mangsa berpusing dan memasuki laluan semula sebelum dilanggar oleh kereta Perodua Axia," katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun, pemandu kereta Perodua Axia dan pemandu bas tidak mengalami kecederaan.

Artikel Berkaitan:

Siasatan lanjut masih diteruskan di bawah seksyen 43(1) APJ 1987.