Cara mudah, murah wangikan kenderaan

A
A
A

RATA-RATA individu pasti pernah berdepan dengan masalah kenderaan berbau busuk disebabkan hapak kasut atau tumpahan makanan dan minuman.

Biarpun selepas dicuci kadangkala aroma yang kurang menyenangkan itu masih melekat.

Justeru, bagi mengatasi masalah bau yang bersisa selain membuka tingkap semasa memandu atau sembur wangian kenderaan anda juga boleh menggunakan beberapa kaedah mudah dan murah. Antaranya ialah:



1) Roti

Letakkan beberapa keping roti putih beralaskan tisu atau plastik di atas permukaan dashboard, ruang menyimpan botol minuman atau di atas kerusi kenderaan.

Biarkan semalaman kerana roti ini boleh menyerap bau kurang menyenangkan termasuk bau durian atau cempedak secara berkesan.



2) Daun Pandan

Ikatkan tiga atau empat helai daun pandan dan letakkan di bawah tempat duduk atau ruang yang terdapat di setiap pintu kenderaan. Keharuman daun tersebut membantu mengatasi masalah bau khususnya bau hapak kasut.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan potpuri kombinasi bunga-bunga kering yang mengeluarkan aroma lembut dan segar.

Artikel Berkaitan:



3) Kopi

Letakkan tiga sudu teh serbuk kopi asli di dalam plastik kecil tanpa perlu mengikatnya. Letakkan di mana-mana ruang di dalam kenderaan. Selepas dua atau tiga hari bau busuk itu akan hilang.



4) Arang

Ambil beberapa ketul arang dan diletakkan di atas lantai kereta atau ketulan arang dibungkus menggunakan tisu lalu dibiarkan di kawasan yang berbau.