Tular klip video ahli AMK dipukul

Klip video memaparkan seorang lelaki didakwa ahli AMK dipukul selepas ditangkap melakukan kegiatan samun.
Klip video memaparkan seorang lelaki didakwa ahli AMK dipukul selepas ditangkap melakukan kegiatan samun.
A
A
A

SHAH ALAM - Satu klip video berdurasi 40 saat tular di media sosial memaparkan seorang lelaki dipukul oleh beberapa individu berikutan didakwa melakukan kegiatan samun.

Menerusi klip video tersebut, mangsa terbabit yang tidak memakai baju dilihat duduk di atas kerusi sambil dipukul oleh seorang individu lelaki.

Menerusi perkongsian video yang dimuat sejak semalam naik oleh seorang pemilik Facebook, mangsa berkenaan didakwa merupakan ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shah Alam.

"Walaupun perbuatan AMK Shah Alam menyamun itu salah, rasanya tak patut pukul macam itu sekali. Serahkan kepada polis. Biar pihak polis uruskan," tulisnya.

Dalam pada itu, Ketua AMK Selangor, Najwan Halimi berkata, pihaknya menerima video tersebut menerusi aplikasi WhatsApp sejak semalam dan buat masa ini, semakan sedang dilakukan bagi mengenal pasti individu berkenaan yang didakwa merupakan ahli AMK.

"Saya terima video itu sejak semalam dan kami akan semak dahulu mengenai status mangsa terbabit yang didakwa ahli AMK," katanya.

Di samping itu, Najwan berkata AMK Selangor turut menyerahkan kes tersebut kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan selanjutnya.

Tambahnya, AMK akan mengambil tindakan selanjutnya berhubung kes ini selepas siasatan selesai dijalankan oleh polis.

Artikel Berkaitan:

"Saya tak pasti sama ada polis ada terima laporan atau tak mengenai kes ini.

"Kita pun tak tahu siapa salah dan siapa betul, jadi biarlah polis jalankan siasatan terlebih dahulu," katanya.

Dalam perkembangan sama, Sinar Harian sedang berusaha mendapatkan maklum balas daripada polis berhubung kejadian itu.