Libresse lancar kempen Get Your Fit demi keselesaan wanita

A
A
A

SKOP

EVELYN (kanan) bersama produk Libresse ketika pelancaran kempen itu baru-baru ini.
EVELYN (kanan) bersama produk Libresse ketika pelancaran kempen itu baru-baru ini.

KAUM wanita sentiasa berhadapan masalah mencari penyesuaian dalam kehidupan, lebih-lebih lagi ketika kedatangan haid setiap bulan.

Ya, benar, setiap bulan, pasti mereka akan mengalami gangguan hingga menyebabkan berlakunya ketidakstabilan emosi.

Sehubungan itu, Libresse selaku jenama penjagaan wanita yang terkemuka melaksanakan kempen Get Your Fit sebagai tanda memahami perubahan emosi dan kebimbangan terhadap kebocoran.

Menurut Pengarah Pemasaran Vinda Group Asia Tenggara, Evelyn Chan, Libresse jenama yang menghasilkan tuala wanita bermutu menawarkan pilihan yang lebih luas dengan gabungan ketebalan dan kepanjangan pad yang bersesuaian mengikut ukuran pinggul dan aliran haid.

DUA selebriti terkenal, Sharifah Amani (kiri) dan Filzah turut hadir menyatakan sokongan kepada kempen tersebut.
DUA selebriti terkenal, Sharifah Amani (kiri) dan Filzah turut hadir menyatakan sokongan kepada kempen tersebut.

“Ia juga memberi keselesaan dan melahirkan perasaan selamat tatkala menggunakannya untuk pelbagai aktiviti,” katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Menariknya, kempen tersebut turut mendapat sokongan selebriti terkenal, Sharifah Amani dan Filzah Awok.

Mengulas lanjut, Evelyn berkata, Libresse juga cuba berkongsi tentang perkara yang membimbangkan kaum wanita dengan menghasilkan produk yang terbaik melalui inovasi baharunya.

“Penghasilan produk itu berbeza mengikut saiz dan bentuk badan setiap wanita. Kami percaya, satu saiz tidak sesuai kerana mendatangkan ketidakselesaan kemudian hari,” katanya.