Operasi cari nelayan lemas disambung hari ini

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Operasi mencari seorang nelayan yang dikhuatiri lemas di perairan berhampiran Pantai Emas Kota Belud, semalam disambung pada 7 pagi ini.

Menurut kenyataan Pasukan Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sabah, laporan kehilangan Sapuan Siman, 60, diterima pada 12.56 tengah hari.

Berdasarkan laporan yang diterima, mangsa ke laut untuk menangkap ikan di perairan itu pada 6 pagi dengan menaiki sebuah bot dan sepatutnya pulang pada 8 pagi.

Bagaimanapun, penduduk kampung hanya menemui bot mangsa dalam keadaan enjin masih hidup, kata kenyataan itu.

Operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan dalam jarak sejauh 10 kilometer dari kawasan bot ditemui gagal menjumpai nelayan berkenaan dan ditangguhkan pada 6 petang, semalam.

Operasi tersebut membabitkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud. - Bernama

Artikel Berkaitan: