Jangan guna wang royalti untuk parti

Razali Idris
Razali Idris
A
A
A

DUNGUN – Bersatu Terengganu akan menjadi mata dan telinga kerajaan pusat PH dalam memastikan kerajaan Terengganu tidak menyalahguna wang royalti minyak yang disalurkan kerajaan pusat untuk tujuan selain kebajikan rakyat.

Pengerusinya, Senator Datuk Razali Idris berkata pihaknya tidak akan akan teragak-agak untuk mendesak kerajaan Pusat supaya mengguna pakai kaedah lain bagi pembayaran royalti negeri sekiranya terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam tadbir urus wang berkenaan.

"Setakat ini kerajaan Pusat telah menyalurkan sebanyak RM450 juta wang royalti kepada negeri Terengganu yang dibayar sebanyak tiga kali iaitu yang terakhir pada awal bulan ini.

"Kita bimbang wang ini akan digunakan untuk perjalanan parti kerana pada muktamar tahunan Pas September lalu di Kuala Nerus ada permintaan daripada beberapa individu yang meminta supaya kerajaan negeri membantu parti di negeri lain menggunakan wang royalti rakyat Terengganu," katanya selepas menyampaikan bantuan persekolahan kepada 1,000 orang pelajar sekolah di sini, hari ini.

Turut hadir, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Wan Saiful Wan Jan.

Dalam perkembangan lain, Wan Saiful berkata Bersatu Terengganu turut menyasarkan pertambahan ahli sehingga 50,000 orang pada tahun hadapan.

"Sehingga September tahun ini seramai 5,800 orang telah mendaftar sebagai ahli PPBM di seluruh negeri dan jumlah ini dijangka meningkat sehingga ke 50,000 pada tahun hadapan.

"Kita percaya sasaran ini dapat dicapai berdasarkan peningkatan jumlah ahli yang mendadak iaitu daripada 1,000 orang pada empat bulan pertama tahun ini kepada 5,800 ahli sehingga September lalu.

Artikel Berkaitan:

"Ini pastinya kerana keyakinan rakyat terhadap kerajaan PH yang berjaya memenangi PRU14 dan membentuk kerajaan pada Mei lalu," katanya.