X

Kindly register in order to view this article
!

Kanak-kanak terserempak tedung selar

Kelibat tedung selar di pokok pisang di belakang rumah itu disedari sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di kawasan berkenaan.
A
A

BATANG KALI - Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya menangkap seekor ular tedung selar sepanjang hampir tiga meter di Kampung Sungai Masin semalam.

Kelibat tedung selar di pokok pisang di belakang rumah itu disedari sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di kawasan berkenaan.

Menurut seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Afandi, 31, kanak-kanak terbabit memaklumkan perkara tersebut kepada beberapa pemuda yang berada berdekatan.

Katanya, mereka menghubungi talian kecemasan 999 sebelum anggota APM tiba bagi memberikan bantuan.

Sementara itu Pegawai Bahagian Operasi APM Hulu Selangor, Leftenan (PA) Ab Azizul Hakim Ab Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada jam 2.50 petang.

"Sepasukan anggota diketuai Koperal Shafirul Hafiz digerakkan ke lokasi dan melakukan pencarian di kawasan terakhir reptilia itu dilihat.

"Selepas 15 minit anggota menemui seekor ular tedung selar di bawah timbunan sampah daun kering dan batang pokok pisang

"Ular terbabit berjaya ditangkap dan APM menasihati orang awam agar sentiasa berhati- hati terutama kepada kanak-kanak yang bermain di kawasan belakang rumah yang berisiko ancaman ular," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!