40 terbunuh serangan udara sasar kem pelarian di Libya

Seorang mangsa menunggu rawatan selepas sebuah kem tahanan pendatang di pinggir Tripoli terkena serangan udara.
Seorang mangsa menunggu rawatan selepas sebuah kem tahanan pendatang di pinggir Tripoli terkena serangan udara.
A
A
A

TRIPOLI - Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dalam serangan udara menyasarkan pusat tahanan migran di pinggir Tripoli lewat malam tadi, kata pegawai perubatan.

Serangan turut mencederakan 80 yang lain.

Jurucakap perkhidmatan perubatan negeri, Malek Mersek berkata, pusat tahanan di Tajoura itu menempatkan pendatang Afrika dan lokasinya bersebelahan dengan kem tentera.

Difahamkan, ia adalah angka kematian tertinggi membabitkan nyawa orang awam sejak Tentera Kebangsaan Libya (LNA) pimpinan Khalifa Haftar yang bersekutu dengan kerajaan di timur melancarkan serangan dalam usaha menawan selatan Tripol sejak tiga bulan lalu.

Selatan Tripoli kini dipegang oleh kerajaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Pertempuran selepas kejatuhan Muammar Gaddafi pada 2011 itu mengakibatkan 50,000 orang melarikan diri, kira-kira 400 terbunuh selain memusnahkan beberapa daerah di selatan.

Konflik yang berlarutan itu mengancam gangguan bekalan minyak, memaksa lambakan pelarian merentas Mediterranean ke Eropah, dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merancang untuk mengadakan pilihan raya bagi menamatkan permusuhan di antara pentadbiran selari di timur dan barat Libya. - AFP/Reuters

Artikel Berkaitan: