Penunggang motosikal maut bertembung bas RapidKL

Mangsa disahkan meninggal dunia akibat cedera parah pada anggota badan. Gambar kecil:Al Banjar Abraham
Mangsa disahkan meninggal dunia akibat cedera parah pada anggota badan. Gambar kecil:Al Banjar Abraham
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah bas RapidKL dalam kejadian di Jalan Ampang berhampiran bangunan Risda jam 2.25 petang tadi.

Pelanggaran itu menyebabkan motosikal jenis Yamaha LC 135 tersangkut pada tayar bas, sementara cermin hadapan bas retak dan bahagian depannya pecah.

Penunggang motosikal, Al Banjar Abraham, 21, beralamat di Taman Sri Acheh Setiawan yang bekerja kilang itu maut di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, bas dipandu lelaki berusia 50 tahun dalam perjalanan menghala pusat bandar.

"Bas kemudian bertembung dengan penunggang motosikal berkenaan yang datang dari arah bertentangan masuk ke laluannya.

"Mangsa tercampak atas jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian. Sementara pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan, " katanya

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: