Kastam Kuala Muda rampas rokok, arak

Pemeriksaan dilakukan ke atas rokok yang dipercayai belum diluluskan kastam.
Pemeriksaan dilakukan ke atas rokok yang dipercayai belum diluluskan kastam.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Kastam Daerah Kuala Muda merampas rokok bernilai RM162.52 dan arak bernilai RM138.11 dalam operasi dijalankan dekat Taman Kelisa Ria, lebih kurang jam 10.30 pagi tadi.

Ketua Kastam Sungai Petani, Mohd Sukri Jusoh berkata, dua lelaki yang terdapat dalam premis disyaki penjaga kedai berusia 18 dan 19 tahun dibawa ke pejabat untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke lokasi kejadian telah menemui sejumlah rokok kretek, rokok putih dan minuman keras yang disyaki belum lulus kastam.

Minuman keras disyaki belum diluluskan kastam dijual kepada pengguna.
Minuman keras disyaki belum diluluskan kastam dijual kepada pengguna.

"Keseluruhan rampasan rokok membabitkan nilai cukai sebanyak RM740.34 dan cukai arak bernilai RM804.98," katanya.

Menurutnya, serbuan dilakukan hasil maklumat awam di sebuah premis mini market dekat kawasan perumahan berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967 yang boleh dihukum bawah akta yang sama.

Hukuman denda minimum RM100,000 hingga maksima RM500,000 atau penjara minima enam bulan hingga lima tahun atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, pihaknya mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang awam untuk disalurkan kepada cawangan penguatkuasaan bagi kes penjualan rokok dan minuman keras seludup yang belum lulus kastam.

Katanya, sebarang maklumat dari orang awam adalah rahsia dan pemberi maklumat adalah dilindungi.