X

Kindly register in order to view this article
!

Akhirnya Kim Kardashian gugurkan nama 'Kimono'

Kim Kardshian mencetuskan rasa kurang senang masyarakat Jepun apabila menamakan set korset keluarannya sebagai Kimono.
A
A

WASHINGTON - Bintang realiti Amerika Syarikat, Kim Kardashian akhirnya menggugurkan 'Kimono' sebagai nama pakaian dalam baharu keluarannya selepas menerima kecaman masyarakat Jepun.

Minggu lalu, Kardashian mencetuskan kontroversi apabila menamakan set korset yang dibangunkan selama setahun dengan nama Kimono, malah turut mendaftar nama itu sebagai cap dagang miliknya.

Perkara itu mengundang kemarahan ramai termasuk Datuk Bandar Kyoto, Daisaku Kadokawa yang menggesa Kardshian menghormati budaya dan sensitiviti masyarakat Jepun.

Kadokawa dalam surat terbukanya kepada Kardshian berkata, Kimono merupakan satu perlambangan terbesar budaya dan nilai-nilai Jepun yang harus dihormati. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!