UMNO lebih ‘cantik’ dengan gabungan Zahid, Tok Mat

Foto Facebook Zahid Hamidi
Foto Facebook Zahid Hamidi
A
A
A

SHAH ALAM - Gabungan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan akan menjadikan pentadbiran parti itu lebih ‘cantik’.

Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, gabungan kedua-dua pemimpin itu merupakan gandingan mantap dan akan menjadikan UMNO lebih kemas.

“Kita minta supaya semua pihak dalam UMNO supaya menyokong tim Zahid dan Tok Mat. Jangan ada yang berpolitik, jangan ada polemik.

ARTIKEL BERKAITAN: Gabungan Pas-UMNO tidak mengejutkan, kata pakar

“Ini kerana semua pihak sekarang dari serendah-rendahnya dan setinggi-tingginya harus menumpukan kepada kekuatan UMNO.

“Jangan buat sesuatu yang boleh membuatkan orang tidak percaya kepada kita terutamanya Pas yang sudah bersetuju untuk bersama kita,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Mustapha berkata Pas kini sedang memerhatikan UMNO dan sekiranya ahli parti bercakaran sesama sendiri, bagaimana UMNO mahu mendapatkan kepercayaan Pas.

Menurutnya, penyatuan UMNO - Pas bermula daripada Datuk Seri Najib Tun Razak, disambung Ahmad Zahid, dimantapkan Mohamad dan semuanya berjalan lancar, tak perlu diganggu.

Artikel Berkaitan:

“Kita kena ingat bahawa situasi UMNO dan Pas macam kita nak bernikah. Mulanya hantar merisik, lepas itu bertunang kemudian kita ikat.

“Tarikh nikah belum tetap lagi tapi dalam tempoh bertunang, janganlah buat perangai. Kalau dah buat perangai, mungkin boleh putus tunang.