MyAQSA kecam tindakan Israel-Amerika Syarikat

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Yayasan MyAQSA (MyAQSA) mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel merasmikan laluan ibadah 'Pilgrimage Road' di Kejiranan Silwan, Baitulmaqis Timur.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Noorazman Mohd Samsuddin berkata, perasmian yang dilakukan secara bersama dengan Duta Amerika Syarikat, David Friedman dan wakil Khas Konvoi Keamanan Amerika Syarikat di Timur Tengah, Jason Greenblatt serta turut dihadiri isteri Perdana Menteri Israel, Sara Netanyahu itu jelas melanggar melanggar peraturan dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta UNESCO.

Katanya lagi, pembinaan laluan ibadah Israel (Pilgrimage Road) dan terowong haram ini juga secara langsung menjadi ancaman besar yang boleh membawa kepada keruntuhan sebahagian struktur Masjid Al-Aqsa.

“Ini adalah satu lagi siri jenayah perang yang dilakukan oleh rejim haram Israel ke atas negara Palestin dan rakyatnya.

“Peristiwa ini juga menunjukkan Amerika Syarikat secara jelas bersekongkol dengan gerakan puak-puak pelampau Yahudi, yang mahu merampas kawasan Palestin dan Masjidil Aqsa secara haram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Noorazman lagi, tindakan tidak bermoral ini juga jelas menunjukkan kerajaan pimpinan Donald Trump bersama dengan rejim haram Israel secara rasmi melakukan pembohongan, pemalsuan sejarah dan penyelewengan fakta-fakta kenegaraan iaitu proses ‘Pengyahudian Baitulmaqdis’ (Judaization of Jerusalem).

“Sehubungan itu, MyAQSA menyeru kepada seluruh masyarakat dunia tanpa mengira batasan agama, bangsa dan negara supaya bersatu serta sama-sama menyuarakan bantahan dan kecaman, kerana pencabulan ini sekiranya tidak disekat, akan membawa kepada perampasan Masjidil Aqsa secara total bersama dengan keruntuhannya.

“Sesungguhnya memelihara dan menjaga kesucian Masjidil Aqsa adalah sebahagian daripada aqidah bagi seorang mukmin,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya lagi, tindakan hitam Israel-Amerika ini hakikatnya satu batu uji terhadap komitmen masyarakat antarabangsa terhadap keadilan dan kedaulatan undang-undang dunia,