Melambung dilanggar kereta, datuk maut cucu parah

Keadaan motor dinaiki mangsa dan cucunya serta kereta yang dipandu lelaki berusia 25 tahun. (gambar kecil: Eng Fat)
Keadaan motor dinaiki mangsa dan cucunya serta kereta yang dipandu lelaki berusia 25 tahun. (gambar kecil: Eng Fat)
A
A
A

SITIAWAN - Seorang lelaki warga emas maut manakala cucu perempuannya berusia 11 tahun dilaporkan parah selepas motosikal ditunggangi mereka terlibat dalam kemalangan di KM3 Jalan Sitiawan - Kayan, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, mangsa Lee Eng Fat berusia 72 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala cucunya yang parah dikejarkan ke Hospital Seri Manjung bagi menerima rawatan.

"Siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal jenis Honda EX5 bersama cucunya dari rumah mereka menghala ke Sitiawan sebelum dilanggar sebuah kereta jenama Toyota.

Orang ramai membantu mengangkat mayat mangsa
Orang ramai membantu mengangkat mayat mangsa

"Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai melintas dari kiri ke kanan jalan dan pemandu kereta berkenaan tidak sempat mengelak akibat jarak terlalu dekat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Muhammad Hanif, akibat perlanggaran berkenaan, mangsa dan cucunya melambung ke laluan bertentangan mengakibatkan maut manakala cucunya parah.

Sementara itu pemandu kereta mengalami luka di kedua-dua tangan.

"Tiada tangkapan dilakukan dan ujian air kencing ke atas pemandu kereta berusia 25 tahun juga negatif.

Artikel Berkaitan:

"Punca kemalangan adalah disebabkan kecuaian mangsa melintas jalan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.