X

Kindly register in order to view this article
!

Pekerja restoran warga asing masuk 'jerat' Imigresen

Antara PATI yang ditahan dalam serbuan di enam buah restoran di Jalan Changkat Thambi Dollah, Kuala Lumpur, semalam.
A
A

FB: Seramai 65 individu telah diperiksa dan hasilnya 50 daripadanya dikenal pasti sebagai PATI.

KUALA LUMPUR - Seramai 50 pendatang asing tanpa izin (PATI) dicekup dalam serbuan di enam buah restoran di sekitar Jalan Changkat Thambi Dollah, di sini, semalam.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, operasi bersepadu menerusi Ops Selera dan Ops Belanja dijalankan kira-kira jam 5 petang hasil maklumat dan risikan.

Katanya, seramai 65 individu telah diperiksa dan hasilnya 50 daripadanya dikenal pasti sebagai PATI.

"Tangkapan PATI berusia lingkungan 25 hingga 45 tahun itu membabitkan 40 lelaki dan 10 wanita.

"Mengikut pecahan tangkapan, warga Myanmar seramai 35 orang, China (12) dan Bangladesh (3)," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Antara PATI yang ditahan dalam serbuan di enam buah restoran di Jalan Changkat Thambi Dollah, Kuala Lumpur, semalam.
Antara PATI yang ditahan dalam serbuan di enam buah restoran di Jalan Changkat Thambi Dollah, Kuala Lumpur, semalam.

Hamidi berkata, dua majikan berusia lingkungan 40-an turut ditahan kerana disyaki menggajikan dan melindungi PATI.

Katanya, beberapa kesalahan dikesan melibatkan PATI yang bekerja di restoran berkenaan antaranya tiada permit, tinggal lebih masa dan melanggar syarat pas.

"Imigresen memandang serius berhubung isu PATI dan kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang bersekongkol terlibat dalam kesalahan ini.

"Operasi sebegini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membanteras PATI," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!