Tiada lagi cinta antara mereka...

No Image Caption
A
A
A

1. Ziana Zain dan Armin Zaharin

KEMELUT rumah tangga yang melanda penyanyi Ziana Zain dan Armin Zaharin Ahmad Zambri mengejutkan ramai pihak.

Segalanya bermula dengan berita penangkapan Armin pada 2 Mac lalu selepas Ziana membuat laporan polis pada 27 Februari kerana didakwa mendera anak mereka.

Ziana, 50, seterusnya memfailkan tuntutan penceraian pada 3 April di Mahkamah Rendah Syariah selepas Armin enggan melafazkan cerai terhadap penyanyi tersebut. Difahamkan fail tuntutan penceraian itu berkaitan penderaan mental dialaminya, nafkah dan kes dera anak-anak mereka.

Bagaimanapun Armin akhirnya bersetuju untuk menceraikan Ziana pada 12 Julai.

No Image Caption

Ziana atau Siti Roziana Zain dan Armin, 53, bernikah pada 9 Mei 1998.

Artikel Berkaitan:

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

2. Ude Wahid dan Intan Liana

No Image Caption

Biarpun bukan pasangan selebriti, namun kemelut rumah tangga yang melanda pemuzik bebas, Ude Wahid atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid dan Intan Liana Saleh menjadi perhatian ramai.

Ini berikutan berita perkahwinan pelakon Izreen Azminda dan Ude yang diketahui ramai dan pasangan ini juga akhirnya mengakui bernikah dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup tanpa pengetahuan Intan.

Selepas beberapa bulan menikahi Izreen, Ude mengakui sudah tidak lagi wujud kasih sayang dan persefahaman selain berhadapan dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan.

Akhirnya ikatan perkahwinan selama lima tahun yang dibina terlerai selepas mereka bercerai talak satu pada 22 Mac.

Pasangan ini dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, tiga tahun, serta Ariq Muqri, satu tahun.

Pada November lalu, Izreen mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.

Izreen mempunyai seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia lima tahun hasil perkahwinannya terdahulu dengan jurukamera iaitu Muhammad Riza.

3. Nazim Othman dan Bella Dally

No Image Caption

Siapa sangka, biarpun dilihat sebagai pasangan bahagia namun Nazim Othman dan Bella Dally tidak dapat mempertahankan magligai yang dibina atas nama cinta.

Pasangan ini mengambil keputusan bersama untuk berpisah pada 2 Mei lalu dan mereka tidak mendedahkan punca perceraian.

Namun Nazim menyifatkan apa yang berlaku adalah atas kekhilafan mereka sebagai manusia biasa.

Nazim dan Bella berkahwin pada 10 September 2016 selepas beberapa tahun menjalinkan hubungan cinta.

4. Natasha Hudson dan Carleed Khaza

No Image Caption

Setelah lama berdiam diri dari radar industri seni, nama Natasha Hudson kembali menjadi perhatian selepas mengumumkan sudah bercerai awal Oktober lalu.

Menurut Natasha, dia dan suaminya, Carleed Khaza atau Khalid Kamal sudah bercerai secara baik pada tahun ini.

Bagaimanapun dia memilih untuk tidak berkongsi punca penceraiannya itu.

Natasha dan Carleed yang juga penyanyi dan komposer muzik berkahwin pada April 2012 dan ia adalah perkahwinan ketiga pelakon itu.

Hasil perkongsian hidup dengan Carleed, Natasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Naeema Kalila dan Faatimah.

Dalam perkahwinan terdahulu, Natasha memiliki seorang anak, Neesa Helena.

5. Deja Moss dan Azfendy Azzuddin

No Image Caption

Kemelut rumah tangga antara penyanyi Deja Moss dengan suaminya, Azfendy Azzuddin akhirnya bernoktah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, pada 24 Oktober lalu.

Media sebelum ini melaporkan, Deja memberitahu suaminya sudah keluar rumah pada 27 September 2017 dan sejak dari itu mereka tidak lagi berhubung.

Deja dan Azfendy berkahwin pada 30 Ogos 2008 dan tidak dikurniakan anak. Difahamkan anak menjadi antara punca penceraian mereka.