Intra latihan terbesar TLDM di perairan Laut China Selatan

Mohd Reza (tengah) bersama barisan anggota TLDM yang terlibat dalam Eksesais berkenaan.
Mohd Reza (tengah) bersama barisan anggota TLDM yang terlibat dalam Eksesais berkenaan.
A
A
A

KUANTAN - Sebanyak 11 buah kapal termasuk kapal selam akan digunakan untuk intra latihan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terbesar yang berlangsung selama tiga minggu bermula hari ini.

Eksesais Kerismas 26/2019 berkenaan melibatkan seramai 3000 anggota TLDM seluruh Malaysia dan akan dilaksanakan di sekitar perairan Laut China Selatan.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany berkata, latihan tersebut melibatkan aset-aset armada TLDM di anti aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Beliau berkata, objektif utama Eksesais Kerismas adalah untuk meningkatkan dan menilai kesiagaan Armada TLDM di peringkat operasional dan taktikal.

"Latihan ini memberi peluang kepada aset TLDM laksanakan beberapa evolusi atau siri peperangan maritim.

"Latihan turut dilaksanakan bersama TUDM kerana peperangan maritim tidak lari daripada melibatkan aset udara.

"Maritim bukan hanya di permukaan tetapi bawah permukaan dan udara," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan pembukaan eksesais berkenaan di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang hari ini.

Artikel Berkaitan:

Mohd Reza (dua dari kanan) bersama pegawainya ketika sidang media hari ini.
Mohd Reza (dua dari kanan) bersama pegawainya ketika sidang media hari ini.

Beliau berkata, latihan berkenaan penting untuk menguji ketahanan dan keselamatan armada TLDM dalam melaksanakan operasi berterusan.

"Kita berharap peserta dapat mempelajari dan menambah pengetahuan serta kemahiran dalam konteks pelaksanaan operasi maritim," katanya.

Eksesais Kerismas biasanya dilaksanakan dalam tempoh lima tahun sekali menerusi pelbagai evolusi dan siri Latihan di laut.