Kajian saintifik di Gunung Korbu

Peserta ekspedisi berkenaan.
Peserta ekspedisi berkenaan.
A
A
A

IPOH - Peserta Ekspedisi Saintifik Gunung Korbu akan memulakan kajian di gunung tersebut selama seminggu bermula semalam.

Pengarah Jabatan Mineral dan Geo Sains (JMG) Perak, Datuk Ahmad Zukni Ahmad Khalil berkata, seramai 135 peserta mengikuti kajian membabitkan semua aspek termasuk struktur morfologi.

Menurutnya, JMG Perak akan mengadakan seminar saintifik bagi memberi peluang kepada peserta membentangkan hasil penyelidikan sebelum menerbitkan buku berkaitan.

"Semua peserta perlu mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak jawatankuasa untuk menempuh cabaran puncak kedua tertinggi di Semenanjung Malaysia," katanya sempena pelepasan (flag off) ekspedisi berkenaan.

Majlis disempurnakan Pengarah Perhutanan Perak, Datuk Mohamed Zin Yusop (wakil Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Perak, Tan Kar Hing) di Pintu Rimba Empangan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta hari ini.

Mohamed Zin berkata, pihaknya turut menghantar 20 peserta bagi membantu kumpulan penyelidik yang menjalankan kajian berkenaan.

Artikel Berkaitan: