Harga minuman bergula masih kekal

Seorang pelanggan mengambil air minuman bergula di sebuah kedai runcit di Kuala Langat semalam. Gambar kecil: Fakrizal
Seorang pelanggan mengambil air minuman bergula di sebuah kedai runcit di Kuala Langat semalam. Gambar kecil: Fakrizal
A
A
A

KUALA LANGAT - Harga bagi minuman bergula yang dijual di kedai runcit kekal sama biarpun cukai minuman bergula mula dilaksanakan sejak semalam.

Berdasarkan tinjauan Sinar Harian ke beberapa premis kedai runcit mendapati, harga minuman bergula pelbagai jenama masih dikekalkan.

Pembantu kedai runcit, Fakrizal Mohamad, 33, berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima senarai harga terbaharu air minuman bergula daripada pembekalnya.

“Harga masih sama buat masa ini dan pembekal juga tidak ada maklumkan kami berkaitan kenaikan harga.

ARTIKEL BERKAITAN: Cukai minuman bergula berkuatkuasa hari ini

“Kami juga ada beli stok air minuman bergula daripada pemborong bagi sesetengah jenama dan kami dapati harganya masih sama setakat ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, seorang lagi pengusaha kedai runcit, Burhan Alman, 65, mendakwa, kenaikan harga minuman bergula sudah berlaku sebanyak tiga kali pada tahun ini.

“Sebelum ini saya dapati air minuman bergula pelbagai jenama akan naik setahun sekali, tapi tahun ini sudah tiga kali.

“Kenaikan itu saya tak pasti apa alasannya tapi dalam masa terdekat ini saya juga tak pasti sama ada akan ada lagi atau tidak,” katanya.

Artikel Berkaitan: