'Jangan sampai rakyat kata kita sama dengan kerajaan dulu'

Wan Azizah Wan Ismail
Wan Azizah Wan Ismail
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan perjuangan reformasi perlu berbeza dari pihak yang ditentang sebelum ini.

Katanya, pendekatan dan amalan parti harus mempunyai kelainan dan dilihat lebih baik dari yang dahulu.

"Jangan sampai rakyat menempelak... sama saja dengan yang dulu... jika ini berlaku sungguh malang perjuangan dan pengorbanan kita selama ini.

"Buktikan kita lebih baik, buktikan keputusan rakyat menyokong kita adalah tepat. Buktikan kita mampu melaksanakan amanah dengan berkesan dan rakyat merasai kehadiran setiap kita dalam masyarakat," katanya dalam Ucapan Dasar Presiden Kongres Nasional Keadilan Ke- 13, hari ini.

Beliau turut menggesa kepimpinan membudayakan reformasi pemikiran menuju ke arah rakyat yang berdikari.

"Selepas kemenangan, kita harus menghadirkan isinya. Parti kita adalah parti yang harus hadir di tengah-tengah masyarakat dan terpahat dalam jiwa dan sanubari rakyat

"Pada masa yang sama kita juga harus dilihat menghulurkan tangan kepada yang betul-betul memerlukan dan terpinggir kerana kekangan hidup," katanya.

Artikel Berkaitan: