3,000 karton rokok seludup dirampas

Rokok seludup dirampas Bahagian Perisikan dan Siasatan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam dalam serbuan di Skudai semalam.
Rokok seludup dirampas Bahagian Perisikan dan Siasatan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam dalam serbuan di Skudai semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan tiga lelaki dan merampas 3,000 karton rokok seludup dalam serbuan di Skudai, Johor semalam.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, siasatan mendapati suspek warga tempatan itu terlibat dalam sindiket pengedaran rokok seludup yang bergiat aktif di sekitar Johor.

“Ketiga-tiga suspek ditahan berumur antara 22 dan 46 tahun. Seorang suspek memiliki rekod jenayah berkaitan kesalahan Akta Kastam 1967.

“Sebanyak 3,000 karton rokok seludup dirampas bersama sebuah van dipercayai kenderaan curi dan dua kereta,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Beliau berkata, nilai rampasan rokok berkenaan selepas cukai ditafsirkan berjumlah RM492,000 manakala nilai kesemua rampasan ialah RM607,000.

Katanya, semua suspek ditahan reman tiga hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Artikel Berkaitan: