Lelaki ditahan sedang minum arak

Polis melakukan operasi di sebuah kelab di Sungai Petani, semalam.
Polis melakukan operasi di sebuah kelab di Sungai Petani, semalam.
A
A
A

YAN - Tiga lelaki ditahan di sebuah kelab malam di pekan Sungai Petani dalam operasi bersepadu, semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kedah, Nasruddin Abdul Rahman berkata, operasi berkenaan merupakan anjuran bersama pihak polis; AADK; Jabatan Pengangkutan Jalan dan Pejabat Agama Kuala Muda/Yan.

Katanya, tiga lelaki berkenaan ditahan ketika sedang leka minum minuman keras di dalam kelab malam itu.

"Ketiga-tiga mereka yang berusia 30 hingga 43 tahun itu positif dadah jenis Methamphetamine," katanya.

Pihak berkuasa sentiasa menjalankan operasi mengejut sebegini bagi memastikan gejala penyalahgunaan dadah dapat dihapuskan.

Artikel Berkaitan: