Tangkap ikan keli pun panggil bomba!

No Image Caption
A
A
A
PERANAN bomba pada masa kini bukan sahaja memadam kebakaran, malah tugas mereka lebih besar sehingga melangkau tugas dan tanggungjawab mereka yang sebenar.

Baru-baru ini ada yang menghubungi bomba semata-mata untuk menangkap seekor ikan keli! Memang mengarut dan bukan bidang tugas bomba tetapi itulah yang berlaku untuk menunjukkan mentaliti rakyat Malaysia yang tidak tahu membezakan panggilan kecemasan dengan kes remeh-temeh.

Anggota bomba ini sangat multi-tasking. Tugas mereka jauh lebih besar. Pengorbanan mereka tidak mengira waktu.Bomba dipanggil untuk menyelamatkan seekor anak kucing yang terperangkap di atas bangunan tinggi, mengeluarkan kaki yang tersepit dalam lubang tandas, menyelamatkan anak yang terperangkap dalam kereta, menangkap ular yang masuk ke dalam rumah dan macam-macam lagi.

Ketika Hari Raya Aidiladha, tenaga anggota bomba juga ditagih untuk menumbangkan lembu. Cincin tersekat di kemaluan pun minta bantuan bomba!

Pernah anggota bomba dipanggil untuk menangkap seekor cacing berukuran 12 sentimeter yang disangka ular. Ini membuktikan bahawa anggota bomba tidak pernah memandang remeh sebarang aduan kerana tanggungjawab mereka ialah untuk menyelamatkan nyawa, harta benda dan alam sekitar.
Artikel Berkaitan:


Sebab itu jangan mempermainkan mereka dengan panggilan palsu. Kita berasa sedih bila ada pihak yang langsung tidak menghargai anggota bomba. Adakalanya mereka terpaksa mempertaruhkan nyawa.

Analoginya, mungkin apabila sesuatu tempat tu dihadiri tentera, apa yang difikirkan ialah ada pengganas di tempat itu. Apabila polis ada di sesuatu tempat itu, apa yang difikirkan ialah mungkin berlaku jenayah di tempat itu.

Tetapi apabila sesuatu tempat dipenuhi bomba dan penyelamat, kita berasa selamat sebab penyelamat sedang menjalankan tugas mereka.