Tuduhan khalwat, bekas bendahari parti dikenakan waran tangkap

Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu keluarkan waran tangkap terhadap bekas bendahari sebuah parti politik hari ini.
Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu keluarkan waran tangkap terhadap bekas bendahari sebuah parti politik hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - [DIKEMASKINI] mMahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas bendahari sebuah parti politik di negeri ini kerana gagal menepati masa prosiding ditetapkan berhubung tuduhan khalwat dengan model dari Uzbekistan, tahun lalu.

Mahkamah turut mengarahkan wang jaminan tertuduh berumur 50-an, berjumlah RM2,500 dirampas kerana gagal menepati masa sepanjang perbicaraan termasuk hari ini.

Hakim Syarie membuat keputusan itu selepas mempertimbangkan permohonan pendakwa syarie kerana tertuduh bersama peguam belanya tidak pernah menepati waktu ditetapkan sepanjang prosiding.

Bagaimanapun, tarikh sebutan semula untuk prosiding akan ditetapkan kemudian bagi memberi peluang kepada tertuduh membuat rayuan berhubung wang jaminan yang dirampas di Mahkamah Tinggi/Rayuan Syariah Kuala Terengganu.

Sebelum ini, tertuduh didakwa berada bersama seorang perempuan bukan Islam yang bukan isteri atau mahramnya di sebuah bilik hotel mewah di sini dalam keadaan boleh menimbulkan syak antara jam 12.40 hingga 12.50 tengah malam pada 3 Disember 2018.

Dengan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 dan boleh dihukum mengikut seksyen sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie, Mustapa Hamzah di hadapan Hakim Syarie, Mohd Fakhruddin Yusof.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, di luar Dewan Bicara 2, tertuduh yang mengenakan baju kemeja petak kecil berlengan pendek ditemani peguamnya kelihatan tenang.