Imigresen gempur penganjuran Cosplay

Imigresen Selangor menyerbu penganjuran program antarabangsa permainan kostum (Cosplay) di Seksyen 15, Shah Alam, semalam.
Imigresen Selangor menyerbu penganjuran program antarabangsa permainan kostum (Cosplay) di Seksyen 15, Shah Alam, semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Imigresen Selangor menyerbu penganjuran program antarabangsa permainan kostum (Cosplay) yang disertai peserta warga asing di sebuah pusat konvensyen di Seksyen 15, di sini semalam.

Pengarah Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, serbuan bermula jam 3 petang itu memeriksa 13 warga asing dan menahan empat daripada mereka termasuk tiga wanita berusia lingkungan 28 hingga 41 tahun.

Katanya, semakan mendapati tiga wanita terbabit adalah warga Jepun, manakala seorang lagi lelaki merupakan warga Sepanyol.

"Mereka telah ditahan atas kesalahan melanggar syarat pas yang ditetapkan.

"Operasi yang dijalankan ini mensasarkan penganjuran program Cosplay yang tidak mendapatkan pas ikhtisas melalui Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, semua yang ditahan dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Negeri Selangor untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Artikel Berkaitan: