Pekebun kecil getah bakal terima insentif RM600

Mukhriz Mahathir
Mukhriz Mahathir
A
A
A

YAN - Seramai 45,297 pekebun kecil getah negeri ini bakal menerima bantuan musim tengkujuh berbentuk wang sebanyak RM600.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, Kerajaan Kedah merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan, terutama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana meluluskan bantuan ini

“Bantuan sebanyak RM600 sudah pasti meringankan beban sara hidup golongan pekebun kecil getah.

"Bantuan tersebut akan dibayar secara dua peringkat, sebanyak RM300 pada akhir Disember ini dan baki RM300 pada awal tahun hadapan," katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri turut menyambut baik keputusan Kerajaan Persekutuan untuk menaikkan harga lantai getah sekerap daripada RM2.20 kepada RM2.50 sekilogram mulai Januari tahun depan.

"Kedua-dua keputusan ini sangat besar maknanya kepada pekebun kecil getah

yang sekian lama bergelut untuk menyara keluarga dari pendapatan yang tidak mencukupi," katanya.

Mukhriz berkata, kerajaan negeri amat menghargai perhatian dan keprihatinan Kerajaan Persekutuan terhadap kesukaran yang dihadapi penoreh getah.

Artikel Berkaitan:

"Sesungguhnya Kerajaan PH sentiasa mendengar rintihan rakyat dan akan membantu dalam apa cara yang termampu," katanya.