21 individu disyaki penagih dadah ditahan

Seramai 21 individu didapati positif dadah dalam tiga operasi dijalankan penguat kuasa AADK Marang sepanjang Jun.
Seramai 21 individu didapati positif dadah dalam tiga operasi dijalankan penguat kuasa AADK Marang sepanjang Jun.
A
A
A

MARANG - Seramai 21 individu termasuk seorang ibu tunggal disyaki penagih dadah berjaya ditahan pasukan penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Marang dalam operasi sepanjang Jun.

Kesemua suspek berusia lingkungan 21 hingga 48 tahun ditahan dalam tiga operasi dilakukan AADK daerah termasuk secara bersepadu bersama polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ketua Pegawai AADK Marang, Roslina Awang berkata, operasi melibatkan 13 anggota itu bertujuan memutihkan kawasan daerah berkenaan dari masalah penagihan dadah.

"Sepanjang operasi pada bulan lalu, seramai 21 individu disahkan positif dadah termasuk seorang wanita berusia 38 tahun yang mempunyai dua anak dan masing masing berumur 15 dan tujuh tahun.

"Ujian urin mendapati seramai 20 daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine manakala seorang lagi pula positif dadah jenis THC atau tetra hydrocannibol," katanya hari ini.

Roslina berkata, kebanyakan suspek yang disyaki penagih dadah itu mempunyai latar pekerjaan berbeza dan mereka ditahan di rumah masing-masing serta kawasan sekitar daerah berkenaan.

Artikel Berkaitan: