Nenek, kawan-kawan meninggal dunia depan mata

Kanak-kanak orang asli Kampung Kuala Koh menggunakan air bukit yang disediakan untuk mandi.
Kanak-kanak orang asli Kampung Kuala Koh menggunakan air bukit yang disediakan untuk mandi.
A
A
A

GUA MUSANG - Tragedi kematian 15 orang asli suku Bateq Kampung Kuala Koh, sejak awal Mei lalu, memberi kesan mendalam buat penduduk terutamanya kanak-kanak.

Menurut kanak-kanak orang asli, Bayah Dolah, 9, sehingga kini, dia dan adik-beradiknya melalui keperitan hidup apabila ibu dan adik masih berada di Hospital Gua Musang (HGM).

Katanya, sudah lebih sebulan ibunya berada di hospital dan segala tanggungjawab menguruskan keluarga berada di bahunya.

"Saya tak tahu bila ibu akan pulang ke rumah. Sepanjang ibu tak ada, saya uruskan makan minum adik-adik.

"Tapi, keadaan sekarang bertambah baik kerana tak ada yang sakit-sakit lagi. Saya sedih tengok saat-saat kematian nenek dan kawan-kawan di bangsal dalam hutan.

Bayah bersama adiknya membasuh periuk di belakang rumah mereka.
Bayah bersama adiknya membasuh periuk di belakang rumah mereka.

"Saya juga tinggal di hutan bersama keluarga dan ada saudara-mara yang tinggalkan kampung, pergi ke Pahang kerana takut dijangkiti penyakit," katanya.

Hasil tinjauan Sinar Harian di perkampungan Kuala Koh, Pos Lebir, kebanyakan penduduk sudah pulang ke rumah masing-masing dan menjalani kehidupan seperti biasa.

Artikel Berkaitan:

Terdapat juga dua tangki air yang dibekalkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) yang menjadi kegunaan penduduk kampung namun untuk urusan seharian seperti mandi dan membasuh, penduduk masih menggunakan sumber air tadahan.

Selain itu, kerja-kerja pembinaan telaga tiub juga sedang dilakukan bagi kemudahan orang asli di kawasan berkenaan.