Tunku Ismail sambut Hari Keputeraan dengan peminat JDT

Tunku Ismail bergandingan dengan Robert Pires di posisi tengah dalam perlawanan amal JDT Allstars
Tunku Ismail bergandingan dengan Robert Pires di posisi tengah dalam perlawanan amal JDT Allstars
A
A
A

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi kenangan indah menyambut Hari Keputeraannya yang ke-35 bersama penyokong JDT dan rakyat Johor di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

Peristiwa julung kalinya itu turut berlangsung sempena perlawanan amal JDT Allstars bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ), Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dan Women's Aid Organisation (WAO).

Difahamkan, kira-kira RM680,000 jumlah dana berjaya dikutip hasil daripada perlawanan itu dan telah diserahkan kepada ketiga-tiga pertubuhan itu untuk membantu mereka yang memerlukan.

Majlis keraian berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan tiba Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisurinya, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris bersama keluarga diraja Johor.

Terdahulu, dalam perlawanan amal berkenaan, JDT TMJ berpesta gol apabila menumpaskan JDT Rest Of The Worlds 9-5 dihadapan lebih 17,000 penyokong tegar pasukan selatan tanah air berkenaan.

Tumpuan aksi penuh bersejarah itu semestinya diberikan kepada barisan pemain lagenda dunia seperti Rivaldo, Bebeto, Florence Malouda, Robert Pires, Louis Saha, David Trezeguet dan Marco Materazzi.

Turut bermain dalam aksi berkenaan adalah Claudio Caniggia, Robert Pires, Edgar Davids, Gianluca Zambrotta, Esteban Cambiasso dan Claude Makalele.

Tidak ketinggalan, beberapa bekas pemain JDT, Safiq Rahim, Amri Yahya dan Junior Eldstal serta selebriti tanah air, Joe Flizzow juga dijemput untuk memeriahkan perlawanan amal berkenaan.

Artikel Berkaitan: