Masalah pencemaran Sungai Semenyih selesai

Amirudin ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjuran ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail di Seksyen 18, di sini hari ini.
Amirudin ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjuran ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail di Seksyen 18, di sini hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Masalah pencemaran bau yang melibatkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih berjaya dipulihkan sepenuhnya.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pencemaran tersebut telah dapat dipulihkan seratus peratus bekalan mulai semalam.

"Semalam kita telah pastikan semua aliran diberikan dan dipulihkan sepenuhnya dan ini merupakan kali pertama setelah hampir setahun tidak berlaku pencemaran di Sungai Semenyih ini.

"Kali ini kita telah kenal pasti awal pencemaran ini dan kita sedang ambil tindakan undang-undang melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS). Tapi untuk masalah pencemaran Semenyih, kita hentikan juga walaupun secara asasnya ia tid ak bahaya untuk digunakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjuran ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail di Seksyen 18, di sini hari ini.

Terdahulu, pada 26 Jun lalu, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memaklumkan bahawa Sungai Semenyih sedang mengalami pencemaran bau yang menjadi sumber air mentah bagi LRA Sungai Semenyih dan telah dihenti tugas.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menjelaskan beberapa kawasan di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang di Selangor dijangka terkesan dengan gangguan bekalan air dan tekanan rendah.

Menurut LUAS, pihak Pengurusan Air Selangor mengesahkan kehadiran bau tersebut adalah sebanyak lima ton sehingga jam 6 petang tadi.

Artikel Berkaitan:

“LUAS turut mengambil sampel bagi mengenalpasti punca bau tersebut. Berdasarkan siasatan, punca bau telah dikenal pasti daripada sebuah kilang di kawasan sekitar Semenyih.

Sehingga kini, pihak LUAS dan juga beberapa agensi berusaha dan bekerjasama dalam menangani isu ini,” katanya.