SPAN diarah siasat pencemaran LRA Sungai Semenyih

Xavier Jayakumar
Xavier Jayakumar
A
A
A

KUALA LANGAT - Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah diarahkan membuat siasatan terhadap insiden pencemaran Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dekat sini, Khamis lepas.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, siasatan itu bertujuan untuk melihat punca sebenar kejadian selain mengesan pihak yang bertanggungjawab terhadap insiden tersebut.

"Saya telah minta SPAN untuk buat siasatan dari mana datangnya punca sebenar pencemaran ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kilang dikenal pasti cemar Sungai Semenyih diarah tutup

"Buat masa ini kita masih menunggu laporan penuh dari pihak SPAN dan kita kena tunggu sehingga siasatan itu selesai untuk melihat apakah tindakan yang boleh diambil," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kuala Langat dan Dewan Undangan Negeri Sijangkang.

Dalam insiden Rabu lepas, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan LRA Sungai Semenyih diarah henti tugas susulan pencemaran bau dipercayai dari sebuah kilang memproses sawit yang telah diarah tutup untuk siasatan.

Bagaimanapun LRA Sungai Semenyih mula beroperasi 6 pagi pada Khamis.

Dalam pada itu, Xavier mengingatkan pihak berkaitan supaya mematuhi undang-undang dengan tidak membina bangunan dan kilang di kawasan berdekatan sungai.

Artikel Berkaitan:

"Jika ada nak buat pembangunan, jaraknya ditentukan dengan jarak sungai, kalau jarak sungai 50 meter...simpanan tanah depan, kiri kanan, ada 50 meter, lepas 50 meter (dari sungai) baru boleh bina apa-apa," katanya. - Bernama