Penyanyi era 70-an Halil Chik meninggal dunia

Penyanyi, Halil Chik
Penyanyi, Halil Chik
A
A
A

PENYANYI era 70-an, Halil Chik meninggal dunia akibat menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan serangan jantung di Hospital Ampang jam 7 pagi Ahad.

Berita sedih tersebut dikongsi oleh rakan industri antaranya Datuk Khairul Anwar Salleh dan Lisa Surihani di media sosial.

Dalam perkongsian itu difahamkan, jenazah akan dibawa ke Masjid Bukit Antarabangsa untuk solat jenazah.

Allahyarham penyanyi yang popular dengan lagu Lenggang Mak Limah itu akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana selepas selesai solat Zuhur.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Allahumarghfirlahu Warhamhu Wa’afihi Wa’fu Anhu.

“Semoga Abang Halil tenang dan di tempatkan bersama kalangan orang yang beriman.

“Abang selalu membuatkan saya terhibur, terlalu banyak memori bersama. Salam takziah kepada Alif, Jo dan seluruh ahli keluarga,” tulis Lisa di Instagramnya.

Artikel Berkaitan: