Azeez Rahim sedia lepas kerusi Parlimen kepada Pas

Abdul Azeez dalam sidang media hari ini.
Abdul Azeez dalam sidang media hari ini.
A
A
A

BALING - Ahli Parlimen Baling sedia korbankan kerusi Parlimen yang disandang kepada Pas atau mana-mana individu dalam UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, tindakan itu akan dibuat demi rakyat sekiranya itu jalan terbaik.

Menurutnya, penyatuan ummah antara UMNO dan Pas amat penting demi agama, bangsa dan tanah air dan bukan demi kepentingan mana-mana individu.

"PRU bila-bila masa, sama ada tiga tahun daripada sekarang, esok atau tahun depan. Saya yakin dan percaya rakyat sudah tahu siapa mereka ingin pilih.

"Saya sendiri, jika perlu korbankan diri saya demi rakyat pada masa depan berkenaan kerusi, saya rela, sanggup reda dan ikhlas," katanya.

Abdul Azeez kanan melawat keluarga kanak-kanak meninggal dunia hari ini.
Abdul Azeez kanan melawat keluarga kanak-kanak meninggal dunia hari ini.

Tegas Azeez, gabungan parti pembangkang di Kedah terutamanya di Baling dilihat model terbaik penyatuan ummah dan kerjasama dalam menghadapi PRU.

"Dengan izin ALLAH juga Kedah akan jadi satu negeri contoh.

Artikel Berkaitan:

"Saya juga melihat kerjasama antara Pas dan UMNO sangat baik dengan menerima sambutan ahli yang memberangsangkan setiap kali program bersama dianjurkan. Saya yakin dan percaya ini petanda cukup baik kerana perpaduan ummah ini untuk agama, bangsa, agama dan tanah air," katanya.

Pada PRU14 Azeez menang kerusi Parlimen dengan majoriti 1,074 undi menewaskan calon Pas dan Bersatu.