Biar Anwar urus parti dengan selesa

PKR Cabang Pasir Puteh menyokong penuh pemilihan Mohamad Suparadi sebagai Pengerusi PKR Kelantan.
PKR Cabang Pasir Puteh menyokong penuh pemilihan Mohamad Suparadi sebagai Pengerusi PKR Kelantan.
A
A
A

PASIR PUTEH - PKR Cabang Pasir Puteh menyokong penuh pelantikan Datuk Mohamad Suparadi Md Nor sebagai Pengerusi PKR Kelantan dan menganggap penentangan hanya dari kumpulan kecil yang tidak menjejaskan keutuhan parti.

Ketua PKR Cabang Pasir Puteh, Ismail Mohamad berkata, setiap cabang sewajarnya menghormati keputusan itu kerana ia juga pengiktirafan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Mohamad Suparadi mendapat undi tertinggi dan melepasi syarat kelayakan dengan pelepasan khas Anwar. Mengikut peruntuan 21.8 perlembagaan parti, ia membenarkan presiden melantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN).

"Tidak setuju dengan pemilihan Mohamad Suparadi bererti tidak percaya kepada presiden kita sendiri," katanya dalam sidang media di Hotel Sri Desa di sini, hari ini.

Ismai berkata, setiap ahli PKR mesti bersatu hati dan tidak mudah terpengaruh dengan tohmahan dari segelintir.manusia yang cuba menggugat kekuatan PKR.

"Biar presiden kita uruskan parti dengan selesa, sebagai ahli bertanggungjawab jangan sesekali kita mengganggunya," katanya.

Artikel Berkaitan: